Sebelum
kedatangan pengaruh pendidikan barat, sistem pendidikan Malaysia
merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas agama dan Al-Quran,
kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan
ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, pelajaran Malaysia tidak
ada langsung pendidikan jasmani.
Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di
Negara kita selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Sekolah yang pertama terdirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Sekolah itu ialah dibawah pentadbiran inggeris. Pada masa itu, Pendidikan jasmani tidak
dijalankan lagi.
Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun pelajaran pendididkan jasmani mula diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi
kepada
aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh
penjajahan Inggeris. Pada tahun 1924 kerajaan baru melantik seorang
pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat. Sungguhpun
begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun.
Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani telah
ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930_an pihak kerajaan
barulah berusaha merancangkan pendidikan jasmani masuk dalam pelajaran
sekolah.Sukatan pelajaran itu merupakan asas
untuk pelajaran pendidikan jasmani di Malaysia. Ia berdasarkan kepada
sukatan pelajaran latihan fizikal bagi sekalah-sekolah Inggeris di
England yang telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku
Jefferson, “How To Teach Physical Training”
dijadikan asas sukatan pelajaran pendidikan jasmani Malaysia.
J.W.Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam
tahun 1932, beliau telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan
jasmani ke seluruh Negara. Kursus-kursus dalam perkhimatan
jasmani telah diadakan di seluruh Negara. Tahun 1946 sehingga 1948,
pejabat pendidikan negara telah melaporkan satu sukatan yang formal
untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh
Maktab perguruan Sultan Idris, (MPSI), Tanjung Malim
(Universiti Pendidikan Sultan Idris kini). Sistem latihan guru
pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat.
Penubuhan persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara itu, di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa yang terdapat di negara-negara Asia di bawah penjajahan British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang dan tenis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular di seluruh Negara.


Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun pelajaran pendididkan jasmani mula diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi


Penubuhan persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara itu, di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa yang terdapat di negara-negara Asia di bawah penjajahan British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang dan tenis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular di seluruh Negara.

Tidak
dinafikan,sukan bermula popular di Negara selepas kemerdekaan.
Atlet-atlet tempatan telah dihantar ke luar Negara untuk menyertai
pelbagai pertandingan sukan seperti Sukan Asia, Sukan Komenwel dan
sebagainya. Mereka juga memenangi banyak pingat dan menyerlahkan nama
negara ke antarabangsa. Secara tegas, sebagai generasi
baru, kita patut menglibatkan diri dalam sukan dengan aktif, maka
budaya sukan akan semakin maju.
No comments:
Post a Comment