Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa
Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula, pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain.Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.

Sebagai asas dalam pembentukan PENDIDIKAN JASMANI dan KEGIATAN KOKURIKULUM. Kewujudan aktiviti sukan juga mendorong pelancaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah rendah dan menengah sertapun pusat-pusat pengajian tinggi.Pendidikan Jasmani ini adalah terdedah kepada semua pelajar bahawa fungsi-fungsi sukan secara berfokus kepada fizikal dan mental seseorang dan juga mengajar mereka bagaimana melakukan setiap aktiviti sukan dengan tatacara yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri.Selain itu,kegiatan kokurikulum juga diperkenalan selepas kewujudan sukan.Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi.Kegiatan-kagiatan yang dijalankan adalah seperti aktiviti sukan yang biasanya kita jalankan.

Sebagai satu industri dan perdagangan serta penyumbang pendapatan negara
Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contohnya : Amerika Syarikat memperolehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan, barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an.
Menyediakan peluang pekerjaan melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.

Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Bersukan dapat menjadikan tubuh badan seseorang individu sihat dan cergas. Sehubungan dengan itu, kerajaan dapat mengurangkan peruntukan kewangan untuk membeli bahan-bahan perubatan dan teknologi yang canggih bagi mengubati penyakit rakyat. Manakala,kerajaan dapat mengalihkan modal-modal yang berlebihan ke sektor-sektor yang lebih penting dalam mencapai hasrat wawasan 2020 terutamanya sektor industri dan pembangunan.Jika dilihat dari segi perspektif individu sebdiri,seseorang itu juga dapat menjimatkan perbelanjaannya terhadap bahan perubatan kerana tubuh badan yang sihat disebabkan bersukan secara kerap.Manakala,individu berkenaan juga boleh menggunakan pendapatan yang berlebihan untuk membeli keperluan asas seperti makanan,minuman,pakaian dan lain-lain bagi menjamin kesejahteraan kehidupannya.
sangat panning
ReplyDeleteSukan ni penting
ReplyDeleteKa
ReplyDeleteKalau nombor satu terus kena tuduh jadi nombor empat memang la tidak penting sukan
ReplyDeletePanjang nak mampus
ReplyDeletePanjang nak mampus
ReplyDeleteok
ReplyDeleteerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
ReplyDelete